Pages

Monday 8 August 2011

Repost: Surat daripada Tun Dr Mahathir

MatKritik copy 100% dari sini (http://ob21.net/).. ini bukan artikel MatKritik. Artikel ini adalah surat Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri berkenaan KENAPA HUKUM HUDUD TIDAK DAPAT DIJALANKAN DI MALAYSIA.





Bersama ini aku paparkan sekeping surat daripada Tun Dr Mahathir ( ketika itu adalah Dato Seri Perdana Menteri Malaysia) kepada Menteri Besar Kelantan bagi menjelaskan kenapa Hudud sukar dilaksana di Malaysia. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.


YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Menteri Besar Kelantan

KELANTAN


Y.A.B. Tuan Haji,


PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.


1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.


3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.


4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-


(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.


Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.


(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.


Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.


Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.


5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .


6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.


7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994




4 comments:

  1. Salaamun alaikum. KETIDAK ADILAN dan KEZALIMAN ialah MENEMPATKAN suatu bukan pada TEMPATNYA.

    Kita tidak boleh menterjemahkan KEZALIMAN mengikut kepala kita sendiri, tetapi mesti berpandukan kepada WAHYU.

    “……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (Surah Al Ma’idah : 45)

    Ada golongan yang mengatakan bahawa ayat dalam Surah Al-Maidah di atas hanya ditujukan khas buat kaum Yahudi. Saya jawab, memang betul sejarah asalnya ayat itu ditujukan kepada kaum Yahudi, tetapi kita mesti ingat, HUKUM nya TIDAK DIMANSUH kan. Islam bukan agama baru, tetapi agama PELENGKAP kesemua agama-agama samawi yang lama.

    Panjang lebar lagi untuk dihujjah berkenaan ayat-ayat Surah Al-Maidah itu, cukup saya sertakan dulu di sini petikan kata-kata Dr Yusof Qardhawi. “Sesiapa daripada kalangan yahudi dan nasrani yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T, maka dia adalah kafir, zalim dan fasiq; manakala umat Islam yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah tidak menjadi kafir, zalim atau fasiq. Wallahi! Perkara ini adalah amat ajaib.” (من فقه الدولة في لإسلام)

    KEZALIMAN berlaku jika seorang PEMIMPIN mengaku ISLAM, tetapi lebih membesarkan HUKUM BARAT (BRITISH) dari HUKUM ALLAH / UNDANG-UNDANG ALLAH.

    http://unikversiti.blogspot.com/2011/05/allah-memberi-jaminan-laksanakan-undang.html

    Salam damai, selamat beribadah di bulan Ramadhan, baarokallahu lakum :)

    ReplyDelete
  2. Oh ya, apa yang zalimnya jika UNDANG-UNDANG dijalankan untuk orang2 ISLAM sahaja dulu? Seorang yang bernama MUSLIM mesti terima dan redha dengan Undang2 dari ALLAH.

    Sepatutnya dilaksanakan untuk semua, tetapi daripada TIDAK LANGSUNG, maka adalah baiknya dilaksanakan untuk umat ISLAM saja dulu, semoga dengan itu dapat menjadi CONTOH untuk umat agama lain.

    Tengok nanti apa kesannya laksanakan HUDUD, QISAS dan TA'ZIR. Semoga dapat jadi CONTOH kepada umat agama lain.

    Tapi jika kita masih TERUSKAN dengan UNDANG2 BRITISH yang dipinda sedikit saja seperti skrg ini, maka tunggu saja lah JENAYAH, MAKSIAT semakin berleluasa. Dan tidak mustahil BALA yang besar akan berlaku di Malaysia nanti, na'uzubillah

    ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

    Salam damai :)

    ReplyDelete
  3. Dalam surat dia atas ada tertulis , "Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku."

    Ini lah KEKELIRUAN yang sengaja dibuat dalam surat itu, mana ada Undang2 PAS?

    Saya ulangi , mana ada Undang2 PAS?

    PAS cuba melaksanakan undang2 yang terkandung dalam AlQuran. Tiada istilah HUDUD PAS, dan sebagainya, itu semua hanyalah propaganda utk membuat rakyat keliru.

    Semoga Allah bukakan pintu hati umat Islam agar teringin untuk melihat HUKUM HUDUD tertegak kembali di Malaysia ini, yg suatu ketika dulu pernah tertegak tetapi telah DIBUANG dan DICABUT sepenuhnya oleh BRITISH.

    "Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat". (Hadith Riwayat Ahmad)

    Undang-undang Islam

    Wassalaam :)

    ReplyDelete
  4. Jelas kan kat saya pulak mcm mana Mat Sabu boleh terlepas dari hukum HUDUD..? dimana Hudud yang dijanjikan PAS?

    ReplyDelete