Tuesday 26 July 2011

Parti Politik Malaysia Seperti Cerita 3 Abdul

             
 Ahakz, apa kena mengena cerita 3 Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee dengan cerita politik Malaysia?

Pelakon-pelakonnya;

DAP sebagai Abdul Wahab (semua arahan dari mereka)
PKR sebagai Abdul Wahid (penghasut utama untuk menjatuhkan BN generasi lama dan baru)
BN generasi lama sebagai  Ismet Ulam Raja (mati kerana DAP, PKR memutar belit dan merampas kuasa)
BN generasi baru sebagai Abdul Wahub (terputus hubungan kerana ketamakan DAP dan PKR)
PAS sebagai khadam (apa-apa yang keluar dari mulut mereka ditentang oleh DAP)

Siapa yang menjadi Saudagar Penipu dan pembantunya tuan penasihat?sudah semestinya Amerika dan juga Yahudi laknatullah. Kerana Amerika mahu membangunkan negaranya yang telah jatuh, dengan kepandaian telah diberikan kepada Yahudi laknatullah (ada hadis menyebut Yahudi laknatullah adalah kaum diberikan Allah kepandaian yang lebih berbanding kaum lain di dunia).

Kisahnya apabila DAP dan PKR mahu kuasa dan harta negara Malaysia dengan menjatuhkan BN. Akhirnya mereka berjaya menjatuhkan BN generasi lama dan berkuasa.  PAS sebagai khadam tua nak mampus telah di pinggirkan dan bakal dibuang oleh dua beradik DAP dan PKR, tetapi diselamatkan oleh BN generasi baru. PAS tetap tinggal di rumah buruk (Kelantan).

Kehebatan DAP dan PKR untuk mengurus tadbir negara Malaysia akhirnya bersengkokol dengan Amerika dan Yahudi laknatullah. Akhirnya, mereka telah dikerjakan oleh Amerika dan Yahudi laknatullah dan mendapat memerintah Malaysia. 25% akan dapat kepada pertubuhan Freemanson agenda Yahudi laknatullah.

Semangat kental telah dapat kepada BN generasi baru, rupanya kepandaian BN generasi lama mengurus negara sebelum ini telah berjaya menaikkan semangat BN generasi baru.

BN generasi baru akhirnya menyelamatkan semula negara dengan menentang Amerika dan Yahudi laknatullah. Malaysia telah aman semula dan antara Malaysia dan Amerika telah membuat perjanjian damai dan semua mereka aman. Tamat.

Kenapa Mat Kritik cerita macam ini?cuba bayangkan kalau mereka-mereka ini (DAP, PKR) memerintah Malaysia suatu hari nanti, beginilah yang akan berlaku. PAS sudah tentu dipinggirkan,suaranya tidak mahu didengari, tetap tak ke mana. PAS tetap tinggal dirumah buruk dan usang itu, yang boleh diterjemahkan itu sebagai Kelantan Darul Naim.

Tahukah anda, Amerika dan Yahudi laknatullah telah mengintai peluang memasuki Malaysia dari dulu lagi. Mereka mahukan apa yang ada di Malaysia sekarang. Mereka cuba mendekati pemimpin negara kita, tetapi tidak berjaya.

Apa yang mereka perlukan,adalah menyokong DAP dan PKR dengan memberikan sumber dan kewangan kepada mereka dan apa mereka mahukan (seperti yang digambarkan di dalam cerita, dengan menyerahkan anak-anak dia kepada mereka). Ini sebenarnya telah berlaku sekarang, BERSIH sebenarnya ditaja oleh Amerika dan juga yahudi laknatullah. Perjanjian yang dua orang adik beradik (DAP,PKR)itu dengan Saudagar Penipu juga “mungkin” telah berlaku. Kalau kita fikir secara logik, siapa nak bagi bantuan berjuta ringgit semata-mata untuk beri sokongan melakukan BERSIH kalau tiada kepentingan. Lebih baik mereka membangunkan tentera mereka yang selama ini sedia zalim.

Mat Kritik mahu tanya, kalau membersihkan halaman rumah supaya nampak kemas dan cantik sanggup tak anda berikan sedikit wang kepada mereka yang membuat kerja itu?kalau rumah tak bersih, anda tak puas hati, berbaloi ke berikan wang?anda sanggup ke membuat kerja jika tidak mendapat upah?ini sebenarnya berlaku di dalam BERSIH. Cuma mereka yang kurang minum susu yang membolehkan sel-sel otak berhubung saja tidak nampak benda ini.

Akhir kata dari Mat Kritik; banyakkan minum susu yang membolehkan sel-sel otak berhubung, supaya anda nampak apa itu kebenaran. Buat apa yang kita tahu, jangan buat-buat tahu benda yang kita tak tahu.

Mat Kritik : semasa BERSIH, Mat Kritik tolong mak BERSIHkan halaman rumah. Sejuk perut ibu Mat Kritik kalau anaknya bantu buat benda-benda ini dari buat kerja tak berfaedah. Itulah gunanya minum susu yang membolehkan sel-sel otak berhubung.


Monday 25 July 2011

New Comer

Logo : Walaupun macam apa, tapi ko ada?
Signature : peduli apa aku..




Salam pembaca, kalau ada yang baca la..kini Mat Kritik melalui fasa baru berblog, bukannya baru nak berblog, cuma kembali berblog.



Dulu blog MatKritik bukannya nama MatKritik, tapi MyKritik. Tapi, ntah macam mana ada orang dengki kot, blog tu dah tak boleh buka.

MyKritik, dulunya penuh dengan kritikan yang agak pedas dan menyakitkan mata membacanya, pasal isu semasa, pasal dunia hiburan dan juga artis. Sampai satu ketika tu, MyKritik berblog politik yang melampau,agaknya orang dah tak suka, blog tu dah tak ada.. yang tinggal cuma link http://mykritik.blogspot.com, cuba buka..dia tulis dah kena delete dan blog baru tak dapat dah register atas nama mykritik tu..apa la..susah nak wat baru semula..

Apa-papa pun, Mat Kritik kembali..

MatKritik: mintak2 la blog ni ok dah..hahaha.. 


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More