Wednesday 21 December 2011

Apakah kaitan Freemason dengan Parti KeAdilan Rakyat (PKR)? - 2

Di posting lepas, Matkritik ada menyatakan kaitan freemason dengan PKR.
Kali ini,Mat Kritik akan ceritakan sedikit modus operandi yang digunakan freemason ni.

Modus operandi yang klasik bagi golongan ini ialah pecah dan perintah. Caranya: mereka suntikkan perspektif-perspektif yang bersifat keakuan dalam semangat kekitaan. Dan sudah tentulah mereka menggunakan jarum suntikan yang sesuai. Diorang dah lama nak pecah belahkan Malaysia. Dan laksana jeneral perang yang bijak, mereka punyai askar dari golongan mangsa mereka (kita) sendiri. Bahkan dalam kebanyakan kes, askar-askar ini pun tidak tahu mereka sedang dipercaturkan oleh the hidden hands ini. Askar ni ingat, mereka sedang melakukan agenda kumpulan mereka, walhal, apa yang mereka buat sebenarnya selari dengan perancangan golongan freemason tadi. Macam mana mereka boleh agak apa tindakan anda? Mudah. Diorang pakai sistem fishbone diagram cuma soalan why-why tu diganti dengan what if-what if. Kalau buat camni, Melayu akan camni, Cina akan camtu, India akan diam. Bila Cina dan Melayu tengah sibuk, mereka introduce India pulak dalam equation tu...Mudah.


Contoh yang dilakukan oleh pembangkang dalam segmen what if-what if :
Bagaimana jika kita katakan "pilihan raya Malaysia tidak adil?" jawapan, Malaysia berpecah
Bagaimana jika kita katakan "pemimpin Malaysia tidak amanah" jawapan, Malaysia berpecah.

Jika buat perhimpunan Bersih, Melayu UMNO akan cakap salah, melayu pembangkang akan cakap betul. Orang yang sama yang anjurkan Bersih (Ambiga), menganjurkan pula Seksualiti Merdeka dengan harapan pemerintahan akan berlaku. Orang yang menyokongnya sebelum ini
(semasa perhimpunan Bersih) dalam keadaan "terpaksa" menyokong perbuatan itu, kerana sebelum ini mereka juga menyokong orang sama menyempurnakan hasrat beliau.
Inilah yang dikatakan what if-what if..

Jadi, mereka sudah melaksanakan modus operandi mudah mereka " pecah dan perintah" pecahkan masyarakat Malaysia dan perintah mereka.

Mereka katakan pilihan raya tidak adil, dan menyalahkan kerajaan. Mereka telah melakukannya dahulu pada 2007 dan melakukan lagi 2011. Itu yang mereka cuba buat. Pecahkan rakyat Malaysia. Kemudian, mereka hendak perintah pula rakyat Malaysia, dan mereka cuba menganjurkan pula Seksualiti Merdeka dengan melihat sejauh mana keberkesanan kejayaan mereka.

Yang jadi mangsa adalah ahli atau penyokong parti pembangkang. Mereka ni ingat, mereka sedang melakukan agenda kumpulan mereka, walhal, apa yang mereka buat sebenarnya selari dengan perancangan golongan freemason tadi.

Mat Kritik: Mereka kata mereka pandai tapi mereka bodoh

1 comments:

Lucky Club Casino Site - Lucky Club
Lucky Club Casino luckyclub.live is a UK-only casino and sportsbook. Play the most popular games online in a new game, and the experience is just as exciting as

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More