Sunday 11 December 2011

Kenapa Hudud Tidak Dapat Dijalankan


Assalammualaikum dan hai..

Kali ini Mat Kritik ingin membincangkan perkara serius, yang sering diperdebatkan oleh ahli PAS. ISU HUDUD.

HUDUD adalah satu hukuman mengikut Islam yang dilakukan pada zaman Rasulullah dan masih diamalkan di negara Arab. Mat Kritik, tak mahu menjelaskan difinisi penuh perihal hudud, cuma ingin jelaskan di Malaysia kenapa ianya tidak dapat diamalkan menurut pandangan Mat Kritik sendiri.

Mat Kritik bukannya menolak 100% hukum hudud ini, dan jika boleh Mat Kritik pun mahukan hukum ini dijalankan bukan di Malaysia, tetapi diseluruh negara Islam lainnya.

Hudud sebenarnya sesuai dijalankan di negara yang penduduknya 99% hingga 100% adalah penganut Islam. Jika negara seperti Malaysia, yang mempunyai pelbagai agama, ianya tidak sesuai.

Kenapa Mat Kritik mengatakan begitu?pertama, ianya akan menyukarkan pembahagian hukuman yang akan dilakukan di Malaysia. Hukuman untuk mereka beragama Islam dan tidak beragama Islam. 

Sebagai contoh kes kecurian berlaku di Malaysia, hukuman hudud bagi mereka beragama Islam adalah memotong pergelangan tangannya manakala hukuman bagi kes sama bagi bukan Islam adalah membayar denda RM2000-RM3000 atau penjara 2-3 tahun.

Manakala hukuman bagi mereka yang berzina adalah sebatan 100 kali atau rejaman bagi mereka yang sudah berkahwin, manakala hukuman semasa adalah denda RM3000 seorang dan tiada hukuman bagi mereka yang tidak beragama Islam. 

Kita ambil kira hanya dua hukuman yang diberikan itu, kalau hudud dijalankan di Malaysia, buktikan kepada Mat Kritik yang ianya berjaya. Jika berjaya hukuman itu dijalankan, percayakan Mat Kritik tiada kes murtad terjadi dengan berleluasa.

Bagi pencuri, untuk mengelakkan dipotong pergelangan tangannya, baik mereka mengaku bukan Islam dan menyelamatkan diri. Dengan cara itu, mereka hanya perlu membayar atau penjara saja. Begitu juga dengan kes zina. Jika mereka ditangkap hanya ada dua pilihan, kalau mengaku Islam di sebat 100 kali jika mengaku bukan Islam, dilepaskan. Sebab hanya ada dua pilihan hukuman untuk Islam dan bukan Islam. Berbanding sekarang hanya perlu membayar denda sahaja.

Islam adalah agama yang adil. Jadi, setiap apa perbuatan seharusnya adil. Elakkan terjadinya kes murtad atau kehilangan ramai ummat Islam kerana hendak mengejar sesuatu. Memang betul hudud adalah hukuman dari Allah, tapi kita perlu tahu, hukuman itu diwujudkan adalah untuk mengajar manusia yang silap dan melalui jalan lurus semula. Jika ianya dijalankan tetapi, wujud pula kes murtad, lagi teruk kita.

Hudud hukuman yang membuatkan manusia insaf dan memberi pengajaran kepada mereka yang lain. Tetapi, ianya tidak sesuai dilakukan di negara yang penganut pelbagai jenis agama. Jika untuk negara 100% beragama Islam, memang boleh dijalankan.

Cuma Mat Kritik ada cadangan lain bagi negara mempunyai pelbagai anutan seperti Malaysia ini. Perkuatkan lagi hukuman dijalankan, sebagai contoh jika mereka yang ditangkap khalwat, apa kata hukuman dinaikkan kepada RM10 000 setiap orang. Maknanya, RM20 000 untuk sepasang. Jika tidak mampu membayarnya, mereka perlu bernikah. Jika mereka yang sudah berkahwin, mereka di denda dengan harga yang sama dan di penjara atau hukuman setimpalnya.

Banyak cara menghukum secara mendidik boleh dilakukan dan dalam masa sama, kita menjaga umat Islam lainnya dari “berkurangan”. Hukuman yang sama untuk semua agama, tetapi boleh mendidik dan menjaga institusi agama Islam juga. Jangan ingat tiada kes murtad berlaku jika ianya dilakukan. Rakyat Malaysia bukannya sekuat zaman Rasulullah imannya, sudah ada kes-kes yang lepas sudah berlaku di negara kita sendiri. Contohnya, wujudnya kumpulan ajaran sesat. Kumpulan itu wujud kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap agama Islam. Kalau solat yang hanya 5 kali sehari dan paling banyak 4 rakaat sahaja dikatakan berat dan menyusahkan, macam mana dengan hudud nanti?

Sekuat mana pula mereka yang susah bila mana perlu menukar agama atau murtad kerana mahukan bantuan?
Adakah mereka ini sekuat zaman Rasullullah dan sahabat?
Walaupun susah mereka tetap bersama Islam?
Walaupun perlu solat banyak mereka bersama Islam?
Walaupun hukuman berat, mereka bersama Islam?

mungkin ada suara-suara selepas ini yang mengatakan, mereka tidak bodoh dan tidak selemah itu agamanya sehingga keluar Islam.
Betul ke agama mereka kuat?
Kalau kuat, kenapa melakukan kesalahan yang ditentang Islam?
Hanya mereka yang tidak kuat agama sahaja yang akan melakukan perbuatan yang boleh dihukum dengan hudud tu.
Jadi, tidak mustahil mereka yang tidak kuat agama ini keluar Islam.
Kita juga perlu berbalik pada tujuan hudud dijalankan.

Salah satu tujuan hudud dijalankan ialah, "Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka."


Mat Kritik : Tetap  Islam walaupun tak sokong PAS.



2 comments:

awak ade stdy psl undg2 islam x?sama mcm dr.masyitah,awk meragui hukum yg Allah sendiri buat.

Takkan polis ataupun jabatan agama tak minyak kad pengenalan

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More