Tuesday, 29 November 2011

Sea Games Palembang GAGAL

Assalammualaikum dan hai..

Kali ni Mat Kritik nak cerita pasal Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Indonesia baru-baru ini (11-22 November 2011).

Sukan SEA paling teruk yang pernah Mat Kritik pernah lihat selama Mat Kritik suka melihat sukan kat tv. Kenapa Mat Kritik mengatakan paling teruk?

Bagi Mat Kritik, hanya upacara pembukaan sahaja yang bertaraf antarabangsa, tetapi pengurusannya bertaraf kampung yang tak bertamadun.

Mula-mula cerita pasal acara yang ditawarkan untuk negara yang hendak bertanding. Hampir 30%-40%  adalah acara yang tidak ditandingkan di peringkat antarabangsa. Acara yang dipilih adalah untuk syok sendiri, untuk mengutip emas untuk diri sendiri.

Sepatutnya, mereka banyakkan acara yang akan dilangsungkan di Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik, supaya sekurangnya atlet-atlet ini lebih berkemampuan menandingi pasukan dari negara Eropah. Tak salah kalau sukan syok sendiri diletakkan untuk pungut emas dan terus menjadi juara Asean, tapi kalau emas itu datangnya dari acara yang rasanya tak perlu, buat apa.

Cerita lainnya pula, pengurusan sukan itu sendiri tidak bersedia rasanya menerima pasukan negara lain. Sebagai contoh, semasa acara takraw Malaysia lawan Indonesia, juruhebah atau juru acara tidak bersifat professional. Setiap kali Malaysia hendak melakukan serve, diganggu dengan suara juruacara itu sendiri. Sepatutnya,semasa hendak serve, semua dikehendaki diam, tak kira penyokong,pengadil jurulatih dan siapa-siapa saja. Kalau cuma terlolong biasa tak apa, tapi ni menggunakan microfon yang sepatutnya hanya digunakan digunakan pada waktu tertentu.

Lain ceritanya di kolam renang. Jalur Gemilang, atau bendera negara kita tidak cukup jalur putih di bahagian bawahnya. Ini menjadikan jalurnya bermula dengan warna merah dan diakhiri dengan warna merah juga. Ini mungkin hanya kesilapan teknikal bagi mereka, tapi bagi Mat Kritik, pengurusan mereka yang cuai sebenarnya. Sepatutnya mereka periksa terlebih dahulu ketepatan setiap bendera sesebuah negara yang bertanding. Menurut pandangan mata kasar Mat Kritik, bendera setiap negara yang bertanding diperbuat dari plastic banner  yang biasa kita buat kain rentang (banner) iklan. Banner itu berwarna putih, dan jalur terakhir juga berwarna putih juga. Jadi, pandangan Mat Kritik adalah, kesilapan semasa memotong.

Nasib baik ada lagi mereka yang prihatin terhadap bendera kita. Ada lagi mereka yang perasan akan kesilapan itu. Mereka yang perasan sudah tentu rakyat kita sendiri. Sebab itulah kempen kibarkan jalur gemilang sepatutnya kita lakukan dengan hati kita sendiri. Bukannya disebabkan orang paksa. Siapa  lagi mahu kibarkan, takkan kita nak suruh orang lain kibarkan. Jika mereka kibarkan, macam nil ah jadinya.
Cerita lain pula, apabila pengurus atlet di kolam renang tidak memberikan kebenaran wartawan Malaysia menemuramah atlet Malaysia sendiri yang memenangi emas, walhal wartawan lain diberikan menemuramah. Dan di tempat lain pulak, penyokong Malaysia berebut tempat duduk dengan penyokong Singapura yang dikatakan telah ditempah mereka. Kemudian, datang pula pengurus dibahagian tersebut, melarang penyokong Malaysia berkumpul ditempat sama. Macam kelakar pula bila Mat Kritik dengar kata-kata pengurus itu. Takkan dia tak tahu, kalau dah masuk stadium atau melihat acara sukan, sudah semestinya perlu duduk di dalam kumpulan. Mat Kritik rasa, dia ini tidak pernah ke stadium atau melihat suasana di stadium. Mungkin kalau ke stadium pun, dia hanya pergi seorang diri. Kesian.

Sebenarnya banyak lagi kekurangan yang dilakukan oleh tuan rumah Indonesia, tapi cukuplah ini yang Mat Kritik ingin kongsikan. Tahniah kepada atlet Malaysia, kerana menuai pingat selama 10hari di sana. Tak kira emas, perak atau gangsa, janji mereka telah buktikan mereka pun mampu bersaing.

Mat Kritik : Sukan SEA, Indonesia patut dipuji hanya semasa acara pembukaan dan penyokong-penyokong Indonesia yang kuat sahaja. Pujian juga patut diberi kepada polis Indonesia kerana bertindak tepat  dan cepat mengeluarkan Baracuda atau kereta perisainya mengelakkan apa-apa akan berlaku kepada pasukan Malaysia semasa bolasepak perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan A.Bagi pengurusan, Mat Kritik boleh cakap itu adalah pengurusan paling teruk.



Monday, 28 November 2011

Panas! UMNO sama kafir macam Ayah PIN???



Memang wa panas telinga, panas mata, panas hati tengok satu article dari Anti PR Club " APC " dekat laman sosial facebook. ni gua quote kan article dalam APC..

Dalam ceramah khawarij PAS,Nik Aziz berkata Umno adalah sebuah parti yang sesat ibarat ajaran sesat Ayah Pin.

Inikah yang dikatakan sifat seorang yang kononnya ilmuan agama? Nik Aziz tak lebih daripada seorang ahli politik yang menghalalkan cara asalkan matlamat politik beliau tercapai.

Read more: http://www.pisau.net/2011/11/umno-sesat-serupo-ayah-pin-nik-aziz.html

Nak lagi sahih, gua kasi post youtube kat sini u all boleh lah membelek dan mendengar ceramah tok guru berkopiah (bukan ceramah agama kotttt)>,<



So? korang dah dengar? agak2 pengikut UMNO seperti gua ni Kapir sama dengan Ayah pin lah eh? Mungkin Nik Aziz lupa tentang satu Firman ALLAH ini.. tak apa lah, gua copykan.. sape2 nak jumpa Nik Aziz suruh la dia bertaubat. Minta maaf pada semua warga UMNO.. nak mati nanti susahh wooooo! 

“Maka siapakah yang lebih zhalim daripada orang-orang yang membuat-buat kedustaan terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim”. [al-An'âm/ 6:144]
dan yang ini adalah Sabda Nabi Muhammad SAW ;

وَمَنْ دَعَا رَجُلاً بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلاَّ حَارَ عَلَيْهِ Barangsiapa memanggil orang lain dengan kekafiran atau dia berkata “Hai musuh Allah”, padahal tidak benar, maka hal itu kembali padanya” [2]

p/s : Jadi, tolong sampai-sampaikan lah bahawasanya Untuk Tok Guru yang saya sanjung, minta lah maaf pada semua muslimin dan muslimat Baik UMNO ataupun bukan.. kerana jika ada dikalangan mereka yang di lafazkan kafir oleh Tok Guru tidak memaafkan Tok Guru, Nauzubillah! azab kematian menanti tanpa belas.. Wallahualambissawab..

posting by CT

Monday, 15 August 2011

Bangkit dan Bangunlah Rakyat Malaysia!!

Apa yang MatKritik perlu beritahu dan tanyakan:

  • Sampai bila perkara ini perlu berlaku?
  • Sampai bila rakyat perlu diperbodohkan?
  • Sampai bila Islam dipergunakan untuk kepentingan individu?
  • Bangunlah wahai rakyat Malaysia.
  • Bangunlah wahai ummat Islam.
  • Bangunlah pejuang Islam.
  • Dimana mereka yang perjuangkan kebajikan?
  • Dimana mereka yang mengaku bijak sana?
  • Dimana mereka yang memperjuangkan Islam.
  • Jangan kerana seorang individu anda diperbodohkan.
  • Jangan kerana individu gilakan kuasa, anda digunakan.
  • Jangan kerana seorang individu, anda pergunakan Islam.
  • Sejauh mana keselamatan agama kamu dipelara?
  • Sejauh mana bangsa kamu dipelihara?
  • Sejauh mana keluarga kamu dipelihara?
  • Sejauh mana kebajikan kamu dipelihara?
  • Kerana seorang makhluk, kamu sanggup bergaduh sesama agama?
  • Kerana seorang makhluk, kamu sanggup bergaduh sesama bangsa?
  • Kerana seorang makhluk, kamu sanggup bergaduh sesama saudara?
  • Kamu tidak menyokong kerajaantidak semestinya menyokong mereka yang merosakkan kamu.
  • Kamu tidak menyokong kerajaantidak semestinya menyokong mereka yang menfitnah agamamu.
  • Kamu tidak menyokong kerajaantidak semestinya perlu beralah dengan menjadi boneka mereka.
  • Sokonglah mereka yang tidak merosakkan kamu, walaupun pahit untuk ditelan
  • Sokonglah mereka yang menjaga kebajikan keturunanmu selama ini, walaupun kamu membenci mereka.
  • Sokonglah mereka yang menyelamatkan agamamu selama ini, walaupun kamu pernah mencaci mereka.
  • Bangunlah wahai rakyat Malaysia.
  • Bangunlah wahai pejuang agama.
  • Bangunlah wahai pejuang bangsa.
  • Bangunlah wahai pejuang kebajikan.
  • Bangunlah wahai ahli PKR
  • Bangunlah wahai ahli PAS
  • Bangunlah wahai ahli Umno
  • Bangunlah wahai ahli MCA
  • Bangunlah wahai ahli MIC
  • Bangunlah wahai ahli BN lainnya
  • Celik mata kamu, siapa yang kamu perjuangkan
  • Celik mata kamu, siapa yang kamu agungkan
  • Celik mata kamu, siapa yang kamu sokong.
  • Tinggallah mereka yang pentingkan diri
  • Tinggallah mereka yang merosakkan agama
  • Tinggallah mereka yang tidak berani bertindak mengikut Islam padahal perjuangkannya.

Tuesday, 9 August 2011

Apakah kaitan Freemason dengan Parti KeAdilan Rakyat (PKR)?



Sehingga kini, MatKritik masih lagi terfikir apa maksud “utusan dari langit” yang dikatakan oleh Azizah dan juga maksud lambang pada bendera PKR. Sebab keduanya ada persamaan dari FREEMASON.





Utusan Dari Langit kalau diterjemahkan dalam ideology FREEMASON adalah Al-Dajjal Al-Masih.

Lambang pada bendera PKR adalah lambang mata satu seperti lambang mata milik FREEMASON yang juga melambangkan Al Dajjal itu bermata satu.



Kenapa perlu dibuat bendera?Sebab bendera akan dikibarkan tinggi.

Mata lambang FREEMASON juga diletakkan tinggi. Menunjukkan Dajjal melihat dari atas langit.

Adakah benar PKR ini adalah tajaan FREEMASON?

Ada juga perkara yang dilakukan Pakatan Rakyat ini ditaja oleh FREEMASON, contohnya semasa BERSIH tempoh hari.

Mari kita kenali sedikit FREEMASON atau Illuminati.

Maksud "novus ordo seclorum" dan "annuet aceptis" adalah bermaksud untuk pembulatan dunia atau pun dunia akan dikawal 100% oleh freemason .Mereka melakukan satu agenda iaitu "New World Order" dan kebanyakkan pemimpin-pemimpin dunia sekarang adalah di bawah agenda ni, termasuk datuk kepada G.W Bush, iaitu Prescott Bush.

Illuminati yang ada sekarang ini diasaskan oleh Jesuits/Vatican. Ignatius Loyola asalnya adalah dari kumpulan alumbrados(the illuminated). Perkataan ini sebenarnya berasal daripada illumination atau enlightment.

Sebenarnya, Jesuits yang menulis "the protocols of zion", dan mereka jual nama Yahudi untuk agenda jahat mereka dan menuding jari ke arah Yahudi. Zion ini adalah kearah penubuhan negara untuk zionist dan perlu diingatkan, zionist tidak sama dengan yahudi yang lain kerana untuk menjadi zionist ,tidak perlu menjadi yahudi .

Untuk pengetahuan anda, rabbi yahudi yang membantah sekeras-kerasnya kapal bantuan ke gaza yang diserang israel kerana bukannya yahudi yang buat, tetapi kerajaan zionist yang sedang memerintah israel sekarang. Rabbi yahudi juga membantah penubuhan negara israel kerana mereka ditegah untuk menubuhkan negara sendiri oleh tuhan .

Kumpulan Jesuits telah diharamkan oleh Roman Catholic Churchmelalui Papal Bull pada tahun 1773 oleh Pope Clement XIV. Selepas itu Jesuits beroperasi secara undergound, dan Jesuits itulah yang telah mewujudkan illuminati moden yang menjadi kepala kepada kegiatan freemasonry di seluruh dunia .


BULATAN: simbol IHS ini lambang Jesuits yang seperti diterangkan

Jesuits ini telah diwujudkan semula selepas membuat kacau di Eropah pada tahun 1814 oleh Pope Pius VII. Gambar ini diambil di Common Word, Universiti Georgetown : Dari kiri Tony Blair(bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim (IIIT). Ada juga yang mengatakan yang Anwar Ibrahim ni adalah ejen Nasrani(Jesuits/Vatican) .



Ini adalah Lodge Officers untuk tahun 2010-2011 . Berikut merupakan jawatan untuk Grand Lodge of Canada di Ontario . Organisasi ini adalah organisasi freemason di sana . Manakala Anwar Ibrahim adalah salah seorang ahli bagi pertubuhan ini . Anwar Ibrahim juga pernah memegang jawatan ini pada tahun 2008-2009 .

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan,Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Mari kita teruskan dengan apa yang MatKritik cakap bendera PKR sama dengan mata the all-seeing eye, One-eyed God Horus ataupun dikenali "Tuhan Matahari" yang disembah sejak zaman Predynastic hingga Zaman Greece-Roman .

Logo PKR, berbentuk seperti mata.



Logo PKR tidak langsung kelihatan seperti dua bulan sabit kerana bentuk bulatan bulan adalah bulatan sama dan tidak bujur, tetapi bulatan PKR adalah bulatan membujur di bahagian luarnya dan mempunyai anak mata ditengahnya seperti satu mata.

Antara yang menyamai logo mata satu:


Logo illuminati, the all-seeing eye yang terdapat pada note $1 Amerika


Logo freemasonry




One-eyed God Horus ataupun dikenali "Tuhan Matahari"




Eye On Israel


Simbol Iblis Illuminati

Juga terdapat dan menyerupai: Israel Supreme Court, U.S. national treasure, eye of Horus dan Eye of Ra, agama purba mesir kuno, logo lama MI5 badan perisikan British, Aachen Cathedral, Grand Lodge of Freemasonry di Perancis dan lain-lain.

Takkan salah satu parti politik utama di Malaysia pun nak pakai logo ajaran sesat iblis laknatullah ini?Mesti ada sebab kan?Tanya ketua mereka kenapa.

Kalau nak dikatakan ianya adalah logo 2 bulan sabit untuk menunjukkan keadilan, adakah selama ini logo Islam satu bulan dan satu bintang itu tidak adil? Sedangkan Allah s.w.t adalah Maha Adil.



Konvensyen Keadilan Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada 8 November 2009 di Dewan Tunku, Komtar dengan jelas memaparkan gambar "mata satu" pada program tersebut.





Sumber : http://aku-macjay.blogspot.com/

MatKritik: Sejak kaji pasal Freemason ni...hmmm..


Monday, 8 August 2011

Repost: Surat daripada Tun Dr Mahathir

MatKritik copy 100% dari sini (http://ob21.net/).. ini bukan artikel MatKritik. Artikel ini adalah surat Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri berkenaan KENAPA HUKUM HUDUD TIDAK DAPAT DIJALANKAN DI MALAYSIA.





Bersama ini aku paparkan sekeping surat daripada Tun Dr Mahathir ( ketika itu adalah Dato Seri Perdana Menteri Malaysia) kepada Menteri Besar Kelantan bagi menjelaskan kenapa Hudud sukar dilaksana di Malaysia. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.


YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Menteri Besar Kelantan

KELANTAN


Y.A.B. Tuan Haji,


PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.


1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.


3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.


4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-


(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.


Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.


(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.


Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.


Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.


5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .


6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.


7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More