Sunday 7 August 2011

Isu murtad bukan isu POLITIK



Berbalik pada tajuk tu, MatKritik terbaca dalam satu facebook teman Matkritik dia cakap:
Isu murtad bukan isu POLITIK! Saya ulang, isu murtad bukan isu POLITIK!!! Tiada politik didalam akidah, tiada politik didalam Islam! Sila sedar!
Yup, betul apa yang dicakapkan oleh teman MatKritik.
MatKritik tengok sekarang, isu ini dijadikan isu politik.
Kenapa ini perlu terjadi?
Kenapa isu ini dijadikan untuk menaikkan mana-mana parti?

Tak kisah mana-mana agama sama ada Islam, Hindu, Kristian atau mana-mana agama, tidak boleh di politikkan. Lebih-lebih lagi melibatkan agama suci kita Islam.

Sebenarnya, MatKritik perasan lama dah akan hal ini. Agama Islam dipolitikkan untuk menaikkan sesebuah parti. Bila ianya dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggung jawab, maka jadi macam kes sekarang.

Perlu diingat, agama Islam adalah agama suci bagi ummat Islam, begitu juga bagi penganut agama lain, agama mereka adalah agama suci mereka.

Politik adalah medan untuk "berperang", peperangan yang dilancarkan adalah untuk menang. untuk menang, semua boleh dibuat, maka terjadilah macam-macam perkara yang tidak diingini.

MatKritik nak pesan kepada sesiapa nak berpolitik,
"Islam tidak boleh dipolitikkan, tetapi Islam boleh diterapkan dalam politik".
Sudah ramai yang MatKritik berdebat dengan pejuang PAS, mereka cakap MatKritik ni buta.

Perlu diingat, MatKritik cuma rabun jauh, bukannya buta yer.

WAJIB = Kalau tak buat dosa. Apa da

Maksud MatKritik dalam ayat kat atas, Islam tidak boleh dipolitikkan bermaksud.
Agama Islam tidak boleh dijaja untuk dipolitikkan semata-mata mahu menaikkan sesebuah pati. Apabila seseorang individu itu menolak parti tersebut, maka timbullah perkataan "Undi Pas Masuk Syurga, Undi BN masuk neraka", sesiapa tidak menyokong PAS akan masuk neraka.

MatKritik cabar ahli parti PAS, berikan dalam Al-Quran ayat keberapa yang menyatakan seseorang yang masuk syurga perlu menyokong PAS.
Allah tidak tetapkan, parti mana perlu disokong untuk masuk syurga dan parti mana tidak perlu disokong.

Rukun Islam ada lima perkara, untuk menjadikan kita Islam sejati berdasarkan lima rukun Islam.
tak percaya, cuba tanya ustaz "bagaimana untuk menjadi Islam sejati".
salah satunya, mesti dia suruh lengkapkan rukun Islam yang lima itu.
dalam rukun Islam, tiada satu pun menyatakan perlu sokong mana-mana parti.

Ini bermakna, Islam adalah agama untuk semua.
cuma terpakan saja Islam itu dalam parti. segala kempen dan pemerintahan yang dibuat, berdasarkan Islam.

MatKritik: Berfikir sebelum bertindak bodoh.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More