Sunday 7 August 2011

PKR, Anuar Ibrahim dan dot…dot…dot…

sama tak video nih?

Hahaha, apa kena mengena tajuk kat atas dengan artikel yang aku nak beritahu, entah la..
Harus diingat, artikel yang aku buat ini adalah pandagan aku sahaja, dan beberapa mata juga melihat benda yang sama.

Sebelum mehentam MatKritik, baik MatKritik bagitahu awal-awal, susu yang tinggi DHA yang membolehkan sel-sel otak berhubung HAMPIR SAMA/HAMPIR SERUPA dengan susu tepung biasa. Bentuknya sama, Cuma kandungannya mungkin berbeza. Jadi, kepada pembangkang tegar yang membaca artikel ini, anggaplah artikel MatKritik ini adalah untuk menyakitkan hati anda. Kepada pembangkang yang terikut-ikut orang lain, harap minum susu yang membolehkan sel-sel otak berhubung. Nabi cakap, orang yang berada pada takuk sama beliau tidak suka. Jangan bagi alasan berpoligami sahaja sebagai ikut sunnah nabi, banyak lagi yang boleh dibuat.

Ok, terus kepada artikelnya. MatKritik tahu kalau baca panjang-panjang membosankan, macam mana MatKritik tahu? Sebab MatKritik juga “pembaca” seperti anda.

MatKritik nak tanya kepada anda, perasan tak perjuangan Parti KeADILan Rakyat terhadap bosnya, Anuar Ibrahim (Al-Juburi)HAMPIR SAMA/HAMPIR SERUPA dengan perjuangan FREEMASON terhadap bosnya DAJJAL (Al-Dajjal Al-Masih). Wooo, sabar dulu. Jangan terus angin. Baca sampai habis dulu.

Tahukah anda, perjuangan FREEMASON terhadap Al Dajjal macam mana? MatKritik pun tahu sedikit-sedikit sahaja. Nak kata banyak tu tidak la.

Kita tengok persamaan yang tidak begitu serupa ini:

  • FREEMASON mengagungkan ketua mereka yang satu itu sahaja, walau apa pun terjadi, mereka tetap mahukan Al Dajjal memerintah dunia ini. Perkara sama juga berlaku kepada PKR. Walau apa pun terjadi, mereka mahukan Al-Juburi memerintah Malaysia dan mengagungkan ketua mereka ini. 
  • Al Dajjal menghasut ummat manusia dengan menabur fitnah dan memutar belitkan fakta secara halus agar menampakkan dia lebih betul dari orang lain. Perkara sama juga telah dibuat oleh Al Juburi dengan menghasut semua rakyat Malaysia dengan fitnah dan memutar belitkan fakta secara halus, agar orang lain tidak perasan. Kedua-dua pemimpin ini tadi hanya dikantoikan oleh mereka yang kuat imannya.
  • FREEMASON hanya mahukan Al Dajjal sahaja menjadikan ketua atau pemimpin mereka dan orang lain tidak layak menjadinya. Perkara sama terjadi kepada PKR, mereka mahukan hanya Al-Juburi sahaja menjadi pemimpin mereka, bukannya pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat.
  • FREEMANON ditubuhkan adalah untuk menanti kedatangan Al-Dajjal, kemudian akan memerintah dunia. Tahukah anda, kewujudan PKR sewaktu awal penubuhannya adalah menanti dan membela Al – Juburi sahaja dan sekarang menanti untuk memerintah Malaysia?
  • FREEMASON dan Al- Dajjal mengetepikan pandangan dari pemimpin lain tentang pemerintahannya yang tidak betul seperti mana yang Al-Juburi dan PKR telah buat kepada pemimpin BN serta rakan sekutunya PAS. Bahkan, titah perintah Yang Di-Pertuan Agong pun mereka melanggarnya.
  • FREEMASON  akan membuat huru-hara ke atas negara yang tidak mengikut kehendaknya seperti di Iraq, Afgan dan lain-lain. Perkara sama juga telah dibuat oleh PKR dan pengikut Al- Juburi dengan mengadakan demontrasi BERSIH kerana ada rakyat tidak mahu mengikut mereka.
  • Fakta yang dikemukakan oleh FREEMASON melalui anak didik mereka Amerika Syarikat bahawa peperangan yang mereka lakukan itu adalah untuk mencari “kebenaran” terhadap pemerintah yang tidak telus dengan menghapuskan dan membersihkan pemimpin yang sedia ada, padahal mereka tidak dapat apa-apa imbuhan. Perkara hampir sama dengan PKR dan rakan sekutunya yang lain, demontrasi yang mereka lakukan sebelum ini dan juga yang terbaru (Perhimpunan BERSIH) melalui anak didiknya ahli-ahli PKR tegar, bahawa demontrasi BERSIH itu adalah untuk membersihkan segala yang tidak betul terhadap kerajaan sekarang.
  • FREEMASON menggunakan Islam sebagai alat untuk menarik ummat Islam mengikuti mereka tetapi dinafikan haknya bahawa Islam itu betul dan benar untuk memerintah dunia, seperti mana yang juga turut dilakukan oleh PKR terhadap PAS. PAS dinafikan haknya untuk memerintah negara.
  • Tahukah anda, setibanya Al-Dajjal ke muka bumi ini terus diberikan pangkat Ketua di dalam FREEMASON dan perkara sama telah dibuat kepada Al-Juburi selepas dikeluarkan dari penjara.
  • Pemerintahan FREEMASON pada mulanya berlaku di kawasan yang dianggap paling kuat percaya kepada Al-Dajjal adalah individu benar, barualh merebak ke seluruh dunia melalui fitnah. Pemerintahan Al-Juburi juga bermula dari tempat di mana penyokongnya berada kuat dan merebak keseluruh Malaysia melalui fitnah juga.

MatKritik : Itu sahaja yang MatKritik rasa perlu bagitahu buat masa sekarang, kerana MatKritik tahu ada pembaca yang tidak minum susu yang membolehkan sel-sel otak sedang panas hati. Ingat, HAMPIR SAMA/HAMPIR SERUPA tak semestinya SAMA/SERUPA

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More